Selasa, November 10, 2009
Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas.

 
Diterbitkan oleh elmaaniq pada 10:22 PG
Ahad, Mac 15, 2009
Menyuarat Agung bagi tahun berakhir Perkim Cawangan Putra akan diadakan seperti berikut

TARIKH : 5 APRIL 2009 (AHAD)
TEMPAT : HOTEL REGENCY, NO 3 JLN ALANG, KUALA LUMPUR (Berhampiran Chow Kit)
MASA : 8.00 pagi hingga 1.00 petang

Semua ahli diminta hadir
 
Diterbitkan oleh Moderator pada 8:14 PTG
Khamis, Mac 05, 2009
Tajuk Diskusi : Isu-isu semasa saudara Muslim

Tempat : Masjid Negara

Tarikh : 28 Mac 2009

Masa : 8.30 pagi hingga 13.20 tgh hari
 
Diterbitkan oleh elmaaniq pada 1:37 PTG
Rabu, Disember 31, 2008
Program ini telah diadakan pada 26 hingga 28 Desember 2008 di Air Tenang Resort, Janda Baik, Bentong, Pahang.

Program bermula dengan berkumpulnya pada perserta di Masjid Amru al-As, Bandar Baru Sentul sebelum bertolak ke Janda Baik, Bentong, Pahang.


Sewaktu majlis perasmian program oleh En Ann Wan Seng selaku Pengerusi Perkim Cawangan Putra, Kuala Lumpur.


Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan.


Sewaktu majlis penutup dan penyampaian sijil oleh Dato' Ariffin Suhaimi, Naib Yang Dipertua Perkim Kebangsaan

 
Diterbitkan oleh Moderator pada 6:53 PTG
Rabu, September 19, 2007
Tarikh: 06hb Okt 2007(Sabtu)
Masa : Selepas Solat Maghrib
Tempat : Surau Abu Hanifah(SAH) Apartment Dahlia, Taman Bunga Raya,Bukit Beruntung

PERKIM Cwangan Putra telah mengadakan Majlis Sumbangan Hamper dan saguhati Raya kepada 40 orang yang memerlukan bantuan terdiri daripada anak-anak istimewa, sakit terlantar, ibu tunggal, sdra baru, usia emas dan ramai tanggungan bertempat di Surau Abu Hanifah(SAH) bersama J/Kuasa SAH dan KRT Apartment Dahlia.

Sebelum majlis berlangsung, satu program Khatam Al-Quran diadakan pada jam 6.30 petang dan seterusnya majlis berbuka puasa bersama penduduk/qariah yang juga disertai oleh beberapa keluarga bangsa India. Sumbangan hamper/saguhati telah disempurnakan oleh Sdra Abd Wahid (Bendahari Kht)Perkim Cawangan Putra bagi mewakili Pengerusi Cawangan, bersma Sdra Johari Ai (Tim.Pengerusi Tetap),Puan Azizah Mohd Yusoff(Setiausaha Kht)dan beberapa AJK Cawangan.

Menurut Pengarah Program Ihya Ramadhan Sdra Mohd Sabri Yusof merangkap Ketua Biro Pendidikan, Dakwah & Silaturahim SAH/Setiausaha KRT dan Penolong Setiausaha Kht Perkim Cawangan Putra memberitahu program ini merupakan julung kali diadakan di sini sejak beliau berpindah ke sini. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada PERKIM Cwangan Putra yang sudi mengambil bahagian pada kali ini yang mana sejumlah RM 3,000.00 telah diperuntukkan untuk majlis ini.

Rombongan juga telah melawat ke beberapa buah rumah anak istimewa, sakit terlantar, usia emas selepas menunaikan solat fardhu Isyak berjemaah.Rombongan PERKIM Cawangan Putra bertolak pulang ke lokasi masing-masing lebih kurang jam 9.30 malam.
 
Diterbitkan oleh Moderator pada 10:11 PG
Selasa, September 11, 2007
Tarikh: 01 Okt 2007 (Isnin)
Masa : Jam 6.30 petang
Tempat : Surau Madinatul Ilmi
GF Blok S4, Sandal Wood Apartment Bdr Tasik Puteri, 48000 Rawang

Majlis sumbangan kepada anak yatim ini adalah dengan kerjasama J/Kuasa Surau Madinatul Ilmi bersama Perkim Cawangan Putra, Jln Ipoh K.Lumpur. Seramai 40 orang anak-anak yatim dari kawasan Bdr Tasik Puteri,Rawang telah menerima sumbangan daripada En.Ann Wan Seng (Pengerusi Cawangan Putra) selepas solat fardhu Maghrib. Pihak PERKIM Cawangan Putra telah memperuntukkan sejumlah RM 2,000.00 untuk majlis tersebut di atas.

Pengerusi Surau En Mustafa Abdul Karim mengucapkan jutaan terima kasih kepada warga Perkim Cawangan Putra di atas kesudian memberi sumbangan ini. Beliau berharap kerjasama seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

Turut hadir di dalam majlis ini ialah Puan Azziah Mohd Yusoff (Setiausaha Kehormat),Sdra Mohd Sabri Yusof(Penolong Setiausaha Kht), Sdra Johari Ai(Timbalan Pengerusi Tetap),Puan Zainab Othman (AJK),Sdra Mohd Faisal Sharbudin(AJK) dan beberapa orang sukarelawan PERKIM.
 
Diterbitkan oleh Moderator pada 10:11 PG
Rabu, Ogos 15, 2007
Kami telah merancang beberapa aktivi sepanjang bulan Ogos dan September ini. Di antaranya ialah :

1. Kaunseling Keibubapaan dan masalah murtad
pada 25 Ogos 2007,
di Tingkat 4, Bangunan Perkim,
terbuka kepada semua.
(sila daftar dengan Ustazah Aisyah - aisyah_jamian@yahoo.com)

2. Kursus rawatan refleksologi
pada 1 & 2 Sept 2007,
di Tingkat 4, Bangunan Perkim,
terbuka kepada semua dengan bayaran RM 70.00 seorang
(sila daftar dengan En Sabri - mosayu2257@yahoo.com)

3. Kursus Kepimpinan & Pengurusan Dakwah
pada 8 Sept 2007, (tempat akan beritahu kelak)
terbuka kepada semua
(sila daftar dengan En Faisal - muhammadfaisal.sharbudin@gmail.com)

4. Program Ziarah Dakwah Perkampungan Orang Asli
di Pulau Carey (maklumat lanjut akan diberitahu kelak)

5. Khemah Ibadah Remaja
(maklumat lanjut akan diberitahu kelak)

Dan lain-lain lain yang akan diberitahu kelak
 
Diterbitkan oleh Moderator pada 7:58 PTG
Selasa, Ogos 14, 2007
Pada 11 & 12 ogos yang lepas, bertempat di Bilik mesyuarat, tingkat 4 Bangunan Perkim telah diadakan "Program rawatan refleksologi" anjuran PERKIM Putra dengan ARK Consultant dan MARA

Seramai lebih kurang 40 orang peserta telah menyertai.

Disebabkan sambutan amat menggalakkan, program ini akan diadakan sekali lagi pada 1 & 2 September di tempat yang sama. Kepada sesiapa yang berminat, boleh hubungi Setiausaha di talian 03-4044 4863 ataupun emailkan kepada perkim.putra@gmail.com.

Lihat gambar-gambar sepanjang program di sini.
 
Diterbitkan oleh Moderator pada 7:48 PTG
Isnin, Ogos 13, 2007
Pada 12 ogos, bertempat di Dewan Angerik, Bangunan Perkim telah diadakan "Bengkel Sehari Pengurusan Jenazah" anjuran PERKIM Putra dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI).

Seramai 136 orang peserta telah menyertai.

Diharapkan program ini dapat diadakan lagi pada masa akan datang.

Lihat gambar-gambar sepanjang program di sini.
 
Diterbitkan oleh Moderator pada 8:43 PG
Selasa, September 05, 2006
Kami telah menganjurkan satu forum perdana di Masjid al-Muttakim, Gombak

pada : 3 September 2006 (lepas maghrib)

Tajuk :
Moderator :
Ahli Panel : Sdr Ann Wan Seng
Ust Fitri
Sdr Hanifa Maidin
 
Diterbitkan oleh Moderator pada 10:46 PTG