Rabu, September 19, 2007
Tarikh: 06hb Okt 2007(Sabtu)
Masa : Selepas Solat Maghrib
Tempat : Surau Abu Hanifah(SAH) Apartment Dahlia, Taman Bunga Raya,Bukit Beruntung
PERKIM Cwangan Putra telah mengadakan Majlis Sumbangan Hamper dan saguhati Raya kepada 40 orang yang memerlukan bantuan terdiri daripada anak-anak istimewa, sakit terlantar, ibu tunggal, sdra baru, usia emas dan ramai tanggungan bertempat di Surau Abu Hanifah(SAH) bersama J/Kuasa SAH dan KRT Apartment Dahlia.
Sebelum majlis berlangsung, satu program Khatam Al-Quran diadakan pada jam 6.30 petang dan seterusnya majlis berbuka puasa bersama penduduk/qariah yang juga disertai oleh beberapa keluarga bangsa India. Sumbangan hamper/saguhati telah disempurnakan oleh Sdra Abd Wahid (Bendahari Kht)Perkim Cawangan Putra bagi mewakili Pengerusi Cawangan, bersma Sdra Johari Ai (Tim.Pengerusi Tetap),Puan Azizah Mohd Yusoff(Setiausaha Kht)dan beberapa AJK Cawangan.
Menurut Pengarah Program Ihya Ramadhan Sdra Mohd Sabri Yusof merangkap Ketua Biro Pendidikan, Dakwah & Silaturahim SAH/Setiausaha KRT dan Penolong Setiausaha Kht Perkim Cawangan Putra memberitahu program ini merupakan julung kali diadakan di sini sejak beliau berpindah ke sini. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada PERKIM Cwangan Putra yang sudi mengambil bahagian pada kali ini yang mana sejumlah RM 3,000.00 telah diperuntukkan untuk majlis ini.
Rombongan juga telah melawat ke beberapa buah rumah anak istimewa, sakit terlantar, usia emas selepas menunaikan solat fardhu Isyak berjemaah.Rombongan PERKIM Cawangan Putra bertolak pulang ke lokasi masing-masing lebih kurang jam 9.30 malam.

Diterbitkan oleh Moderator pada 10:11 PG